cuti memang terasa seakan begitu lama apabila kita duduk sendirian x berbuat apa2.
harini aku just ingin menulis. tu saja yang ada didalam pemikiran otakku.
apa yang ingin dicurahkan adalah sesuatu yang berkaitan dengan kisah hidup zaman kini.
semalam, aku baru berjumpa dengan seorang rakan yang agak lama tidak ku jumpa dari tarikh aku memasuki ke utp.
seorang rakan yang lama sudah kukenali sewaktu belajar bersama2 dengan ku ketika aku mempelajari bahasa kira2 3 tahun lepas iaitu sebaik saja habis aku menduduki spm.
hidup sebagai seorang yang perantau yang datang ke negara orang lain memang mencabar.
apa yang dimaksudkan disini adalah memerlukan ketahanan mental yang secukupnya melebihi ketahanan fizikal sesorang itu.
kadangkala, kita mudah untuk hanyut mengikut perasaan dan kesukaan kita dalam melakukan sesuatu. apatah lagi apabila kita duduk berjauhan dengan keluarga dan sanak saudara iaitu orang yang rapat dan mengawasi tindak tanduk perjalanan kehidupan kita. apa yang kita lalui seharian semua berdasarkan ketentuan kita sendiri. kita bebas untuk memilih gaya hidup apa sahaja yang kita rasa kita mahukan tidak kira ia salah disisi undang2, agama mahupun norma masyarakat.
mungkin sebab iman seseorang itu diuji dengan dahsyat sekali sehingga kita jatuh menunduk layu di kaki dan pujuk rayu syaitan sendiri. semua yang kita pada awalnya tahu itu salah bagi diri kita, kita redahi jua demi kepuasan yang bakal kita nikmati.
aku kadang kala ingin mempersoalkan.
1) apa yang mendorong kita untuk cuba melakukan benda yang x sepatutnya kita lakukan?
2) tak ada ke sikit pon perasaan takut dalam diri? kalau bukan pada manusia pun, ingat ada satu lagi kuasa yang hebat kat atas tu memerhati.
3) x wujud dah ke perasaan malu dalam diri seseorang manusia tu sampai terang-terangan melakukan sesuatu yang x patut kita lakukan?
tapi bila aku nilai balik, memang, tu semua x mudah untuk diharungi. bila kita sendirian di tempat orang asing, kita bersama rakan-rakan, pengaruh ataw kecenderungan kita untuk melakukan sesuatu tu lebih mudah terlaksana kerana ada faktor rakan sebaya yang membantu kita. suasana persekitaran juga memainkan peranan penting dalam mencorakkan perwatakan seseorang itu. faktor yang terbesar boleh kukira kerana dengan perubahan yang mendadak, kita lebih cenderung untuk berubah mengikut gaya persekitaran kita atawpun dengan nama lain culture shock. apa yang nampak baik di mata orang lain kita dengan senang menyetujui kebenaran sesuatu perkara. kita kadang2 lupa dengan asal diri kita, nilai2 murni yang pernah ada dalam diri kita sebelum kita datang ke sesuatu tempat yang asing tu.
kita lupa pada diri kita yang asal, ciri-ciri diri kita yang asal dan naluri hati semula jadi kita yang telah lama terpupuk. semua disebabkan ingin nampak cool di mata orang lain dan ingin memenuhi citarasa orang lain.
Biarkan la apa yang orang lain ingin katakan tentang diri kita ni. kita ni dari kampung ke, dari bandar ke, dari pinggir laut ke, dari muara sungai ke, dari celah2 hutan ke, dari felda ke, dari utara, dari kedah, dari selatan, dari timur apa yang paling penting adalah diri kita sendiri. cara perwatakan kita yang sedia ada itu sudah memadai. x perlu nak diubah kepada sesuatu yang bukan diri kita sendiri. setidak-tidaknya, aku bangga mengatakan aku respect setinggi-tingginya orang yang tidak terpengaruh n bangga dengan asal usul diri sendiri. pendirian mereka lebih teguh dan jitu jika nak dicomparekan dengan manusia yang mudah lupa diri. dah la x mengaku asal usul diri sendiri. nak ikut cara hidup orang lain pulak yang x mampu nak disara sendiri. ada hati nak berlagak. jadi aku lagi suka dengan manusia yang tahu kemampuan diri dan keupayaan. sebab manusia yang sedar dan kenal dengan diri sendiri inilah orang yang akan berjaya.
setidak-tidaknya aku ingat dengan suatu ini :
"al-insan an nasi'ah"
manusia itu adalah pelupa.
kadang kala kita memerlukan orang untuk menegur kita. terpulang dengan cara macam mana untuk kita menerima teguran itu yang membawa kepada perubahan besar dalam kehidupan kita. kadang kala kita terlalu buta untuk mengetahui dan melihat salah silap kehidupan yang telah kita lalui.
apa-apapun, x de kaitan dengan rakan yang ku jumpa semalam.
cerita ni aku ingin sampaikan kerana di dalam perjalanan dari rumah ke pantai hill park nak jumpa kawan baik tu. lalu di kawasan universiti station, ternampak sekumpulan anak muda luar negara melakukan sesuatu. tu saahaja. xde kaitan dengan siapa2.
:)
No comments:
Post a Comment