Sunday, August 30, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

hari ni. genaplah sudah 52 tahun kemerdekaan kita sambut.
setelah genap beberapa abad negara kita dijajahi oleh empayar british yang rakus
mengaut hasil keuntungan bumi malaysia yang kaya dengan pelbagai khazanah.
apa yang tinggal pada kita, hanyalah secebis laungan kemerdekaan yang acap kali
kita banggakan.
apakah maksud kemerdekaan itu sendiri pada setiap hati dan pengertian anak bangsa melayu,
india dan cina serta kaum2 minority yang lain. masing2 menginap di tanah air tercinta yang tergabung oleh 12 negeri di semenanjung dan 3 negeri di kepulauan borneo.
pembangun serta kemodenan yang dibina hanya tertumpu di bandar2 besar.
sedih mengatakan masih ada kawasan2 yang dimana taraf hidup masih samar2 tidak dimajukan dan kehidupan manusia yang buta huruf agak tidak berubah. kehidupan kebiasaan atawpun rigid masih memonopoli sebilangan besar anak2 petani dan felda disebabkan tidak ditekankan
nilai2 akademik yang amat penting dalam dunia yang mementingkan pelajaran masa kini.
kalau seorang graduan yang memiliki segulung ijazah sudah mempunyai persaingan yang hebat dalam mendapatkan tempat kerja bagi mendapatkan sesuap nasi dan menyara diri, inikan pula apatah lagi anak2 yang hanya mampu menamatkan persekolahan dan tidak mampu membiayai yuran pengajian yang amat tinggi. UITM memang tidak diakui oleh sesiapa pun bahawa itu adalah tempat untuk pengajian kebanyakan (majority) bangsa melayu. tapi taraf pendidikan yang didapati dari UITM sekarang agak susah jika mahu dibandingkan dengan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. mungkin kreadibility institusi UITM ramai yang memperagui kehebatan pelajar2 yang menamatkan pengajian disini. kaum melayu sudah patut untuk memikirkan tentang diri sendiri. harus patut untuk mula mengorak langkah dalam memperjuangkan ekonomi sendiri. kaum cina lama sudah mengorak langkah dalam menempatkan diri mereka menguasai ekonomi malaysia yang semakin pesat membangun. apa yang kita harapkan hanyalah taraf status bumiputra dan keistimewaan orang melayu yang kita ada demi mendapatkan perlindungan diri. kita hanya diajar untuk bertahan dan tidak untuk mahu kedepan. banyak iklan yang dipaparkan di tv masa kini ada mengandungi pengjaran yang kalau kita nilai, kita mampu untuk bergerak ke hadapan. kalau diikutkan, sebenarnya orang melayu mempunyai otak yang pintar dan bijak. jika tidak masakan petronas mampu untuk tersenarai antara top 20 most profitable company in the world for oil and gas? rata2 kebanyakan kaum melayu yang menjadikan impian itu suatu kenyataan di dalam company petronas itu.

dimana ada kemahuan, pasti akan ada jalan yang menyambungkan angan2 menjadi kenyataan.
akhirkata, adakah merdeka yang kita sambut ini yang kita laung-laungkan ini hanya tinggal menjadi kata2 ataw pon menyebabkan kita terus maju kehadapan.

1 comment:

  1. aku sokong kenyataan kau.. bila kita fikirkan balik.. kita sbg melayu, lemah.. kita harapkan hak melayu kita sangat2 tak beretika..susah nak tengok anak melayu jati yang sebenar..
    ekonomi negara, 80 percent.. kaum cina yang pegang..
    anak2 melayu kita kat mane? masing2 harapkan segulung ijazah.. harapkan dapat masuk company besar.. dgn impian gaji pun tinggi.. tapi pernah ke kita fikir.. dgn kekuatan yang kita ada.. kita sendiri ceburi bidang perniagaan.. biarpun kecik.. tapi kita ada planing kita untuk satu tempoh lama.. peluang yang aku lihat.. terlalu bnyk.. tapi anak2 melayu kita leka.. hanyut dalam mainan dunia. waktu macam ni lah waktu yang paling getir dalam hidup.. waktu untuk hala tuju hidup kita... aku lihat, ramai kawan2 aku yang study kat oversea.utp. dan ada juga setakat amik dip .. tapi aku tak jupe pun sorg lagi yang benar2 ada kesungguhan untuk buat sesuatu selain dari harapkan ilmu dari pengajian tinggi.. kau pun tau. aku dah tak campur sangat aktiviti2 reunion semashur yang budak2 ni buat.. futsal.. jalan2 ker.. hang out.. sedangkan.. setiap weekend aku balik kl.. aku balik.. aku belajar selok belok niaga.. dari kawan cina aku, dari pak sedara aku, kawan rapat aku yang ada ada company.. tapi kau rasa. kawan2 aku faham tak apa yang aku buat? tau nak maki2.. terasa hati dgn aku.. tapi aku rasa.. itu pengorbanan yang perlu aku lakukan.. demi masa depan aku.
    dalam ayat al-quran sendiri ada kata, "tak kan ada sape2 mampu ubah nasib sesuatu bangsa, melainkan bangsa itu sendiri "...

    waktu sekarang.. bukan masa untuk bercerita pasal wanita.. bercerita pasal masalah orang lain..tapi perlulah kita fikirkan.. apa yang hendak kita lakukan.. dalam hidup.. kita perlu ada bnyk plan.. plan A , plan b dan plan c..
    yang mana terbaik.. itu kita pilih..

    aku seronok baca petikan kau.. sekurang2nya.
    dengan blog kawan ni.. aku terfikir.. ada gak kawan aku yang sedar akan masalah melayu itu sendiri.. hari demi hari.. melayu makin layu..

    akhir kata ikhlas dari apan cipan

    "joy is the best measure of success"

    ReplyDelete