Tuesday, January 19, 2010

Permulaan Kepada Sesuatu.


Acap kali apabila mula tahun yang baru,
ramai yang mempunyai sesuatu di dalam minda yakni
untuk melakukan azam baru.
Tahun 2010 membuka lembaran kisah hidup yang
mungkin akan membawa perubahan,
ataw sama sekali tiada banyak beza dengan kehidupan
seperti tahun-tahun yang sebelum ini.
Setiap kali tahun berganti nombor, cita-cita,
angan - angan pasti akan berubah.

Tapi untuk aku, itu semua sesuatu yang terlalu abstract untuk di rungkaikan
dan untuk dizahirkan dengan kata - kata.
Kadang kala takut untuk ditunjukkan pada tontonan umum apa
azam yang baru ingin dicapai dan digapai bagi sepanjang tahun 2010
ini.
Mungkin juga azam ku sama seperti tahun lepas tapi pada tahun ini
dapat ditukarkan haluan dan cara untuk realisasikan
azam tersebut sebelum dapat berganjak kepada
azam yang baru.

kata orang lidah setajam pisau.
lebih elok kalau diteruskan dengan sikap yang kurang berbual dan mendiamkan diri
daripada meneruskan tentang sesuatu yang kurang pasti
kerana tidak semua setuju dengan apa yang
kita ungkapkan.
kadang kala atas sebab tidak mahu ketinggalan dalam sesuatu
topic perbincangan menyebabkan kita turut sama mencelah
tanpa mengetahui apa yang kita turut sama bualkan.



Sangat susah untuk menidakkan fakta bahawa apabila tinggi sesuatu pendidikan yang
kita capai, semakin tinggi la topik sesuatu yang kita bincangkan.
apabila duduk bersama dengan golongan mahasiswa,
kalau kita berpendidikan hanya lepasan sekolah,
sukar untuk diterima umum pendapat dan percakapan akan menjadi rendah.
Lain pula jika graduan Master duduk semeja dengan graduan Mahasiswa,
topik akan lebih menjadi intelektual
dan seterusnya.

Tampak perbezaan bila kita melangkah masuk ke alam yang berbeza.
apabila kita bergaul dengan golongan-golongan yang telah bekerja
kita akan mula mencorakkan kehidupan yang bakal mendatang
dengan lebih teratur dan rapi.
Persediaan bagi menempuh alam pekerjaan
harus dicatur dan dikemaskini supaya
nanti tidak jatuh dan rebah di pertengahan.
Hakikat yang nyata
bila mula bekerja nanti, sepanjang hidup akan
dibebani dengan hutang.
Jika tidak percaya, renungkan kembali.
Rumah harus dibeli dengan pinjaman yang bermaksud setiap bulan harus dibayar.
Kereta juga harus dibeli dengan pinjaman.
Untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, pinjaman juga harus dilakukan.
Khawin pula kadang-kadang pihak lelaki juga harus membuat pinjaman
sebab setiap sesi perkhawinan yang bakal dilangsungkan akan menelan
kos puluhan ribu ringgit.
Apabila anak melangkah masuk ke University, pinjaman juga harus dilakukan
demi membayar yuran pengajian.

haish.
hidup hanya dipenuhi dengan hutang.
kehidupan yang menyedihkan..





No comments:

Post a Comment